Sabtu, 25 September 2010

Penghijrahan perasaanku

Tarikh : 23 September 2010
Hari : Khamis
Tempat : Kluang
Masa : Selepas balik sekolah…
Bagai biasa aktiviti bulananku.. Dapat gaji tugas utamaku selesaikan segala hutang.. Kali ini aku memilih Kluang sebagai destinasiku kerana ada agenda lain selepas itu.. Bak kata “ menyelam sambil minum air”.Sebaik sahaja sampai di Kluang, ‘pelengkapku’ menelefon memberitahu “ abang dah sampai rumah”. Alahai, agendaku kena ubah tapi janji perlu ditunai..
Selepas selesai segala urusan, aku pergi ke destinasi yang pernah membuat hatiku parah tetapi banyak perkara yang menjadikan aku lebih dewasa dan mempunyai rasa kasih sayang yang mendalam terhadap sesama insan. Selain ingin menziarahi jiran dan sahabat lama, aku sebenarnya ingin menguji hati sendiri..Adakah selama ini yang mulut dan hatiku kata adalah kata yang jujur dan benar. Alhamdulillah..Aku telah sihat sepenuhnya dan apa yang kurasa selama ini adalah kerana aku ikhlas dan redha atas segala yang Dia beri kepadaku..
Destinasi pertama, rumah jiran sebelah rumah..Macam mimpi dan syukur aku kepada Ilahi kerana diberi keizinan untuk bertemu mereka dan diberi izin untuk ‘mengintai’ syurgaku suatu masa dahulu..Yang lebih bersyukurnya aku adalah kerana tiada rasa dendam atau sakit hati tatkala kulihat istanaku dahulu..Ya Allah, benarlah kata-kataMU : “ Andai hambaKu sentiasa bersyukur , akan bertambah nikmat yangKu beri”…Terima kasih Ya Allah, kerana Kau beri apa yang aku kehendaki.. Telah kumaafkan dia dan moga dia pun memaafkan aku.. Aku akan tetap cuba kikis rasa benci kerana benci itu akan menjauhkan aku dariMu.
Kau ambil dia dari hidupku kerana dia hakMu. Kau pinjamkan dia kepadaku hanya sementara.. Dan telah Kau gantikan dengan nikmat yang lebih banyak.. Kau ambil dia satu, Kau ganti lebih dari itu.. Nikmat mana lagi yang perlu aku dustakan Ya Allah? Pasti jawapan yang mutlak : Tiada satu pun nikmatMu yang kudustakan.. Aku akur dan tunduk kepadaMu ya Allah.. Dan sehingga ke saat ini, aku sentiasa berada di bawah nikmatMu..
Bak kata jiran: jika pasangan kita telah membenci kita, semua perkara yang berkaitan dengan kita akan dibenci dan akan mencipta cerita yang membuatkan orang pun membenci tetapi bila dia suka, semua perkara yang berkaitan kita tetap dia suka dan mencipta cerita yang membuat semua orang menyukai kita..Ini adalah di antara sifat manusia…
Benarkah begitu? Perlukah aku menafikan? Tidak, kerana memang ada benarnya…
Selama hidup bersamanya aku tidak pernah meragui dan sentiasa taat.. Walau badai mendatang, aku hanya yakin bahawa kalau kita sentiasa berada di jalanNya, kita akan terus bahagia.. Tak perlu menjadi hamba yang kufur nikmat..Sehingga alasan yang diberi : aku inginkan zuriat.. aku jawab” mari ku pinangkan perempuan itu” .. Kami pergi meminang dan telah merancang masa depan bersama setelah hadir insan ketiga kelak..Namun takdir Allah, siapa yang boleh menentangnya.. Aku masih ingat kata-kata ini kepadanya: Janganlah kita menjadi insan yang kufur nikmat dan dia menjawab “ abang sanggup merangkak untuk mendapatkan apa yang abang nak”..
Memang pedih dan sedih… siapa lagi tempat mengaduku ketika itu??? Dialah Penciptaku..Doaku “ Ya Allah, panjangkanlah jodoh kami andai ia memberikan kebaikan untukku di dunia dan akhirat dan andai sebaliknya, kau pisahkan aku dengannya dalam keadaan aku rehda kepadaMu ya Allah”..
Benarlah lagi kata Allah “ Andai hambaKu dekat kepadaKu, Aku lebih dekat kepadaNya”..Selepas perpisahan??? Sedih dan pedih hati ini kuluahkan kepadaNya..Aku hambaNya dan sebagai manusia, bohong kalau aku tak sedih … Marah dan benci? Kenapa perasaan marah dan benci tiada? Yang aku tahu aku sedih dan bertanya kenapa dan kenapa dia buang aku sedang dia kata aku orang yang baik? Kataku “ kalau aku baik kenapa dia buang aku?” Mudah sungguh jawapnya “ abang lepaskan awak kerana awak baik dan moga ada lelaki yang lebih baik mengambil awak”.. Sedihkan? Padaku, jika kita baik, dia akan pegang dan lindungi kita.. Tapi inilah hakikat kehidupan, perjalanan hidup kita ada perancangnya dan pengarahnya iaitu ALLAH..
Di tinggalkan dan akhirnya dilepaskan menjadikan aku mencari jalan sendiri untuk mencari kekuatan diri.. Aku memilih Dia untuk mendengar keluhan dan kesedihan hati.. Setiap rumahNya aku kunjungi andai ada peluang… Dan, dari sehari ke sehari aku dapat jawapan kepada putusnya ikatan dan berlakunya perkara yang halal dan amat dibenciNya…Dari kebenaran yang kudapat, aku mula benci akan sifatnya.. Syukurlah Allah pisahkan aku dengannya… Ya Allah,, benar juga kata-kata ini : “ lelaki yang baik, untuk wanita yang baik”….
Kesan dari perjalanan hidup ini: aku banyak belajar dan mula melatih diri untuk tidak tamak dalam berkasih sayang sesama insan kerana mereka adalah sama seperti aku.. Hanya bezanya amalan.. Mengapa aku sibuk mengejar kasih sayang yang sementara sedang ada kasih sayang yang kekal.. Aku yakin pilihan aku sekarang: aku memilih yang kekal…..Perjalananku masih panjang dan akan terus berjalan tanpa henti..Hanya yang berbeza tempat perjalanan ku: rahim ibu>>>alam fana >>barkzah>> akhirat .
Indahnya perasaan ini: aku rasa tenang dan boleh bertemu dengannya tanpa rasa benci. Tapi, mengapa dia tidak boleh menerima salamku dengan baik?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan