Rabu, 21 September 2011

Resepi kerabu su'un

Bahan-bahan (boleh ubah jika suka)
Seafood; mana-mana pun boleh (direbus dan ditoskan)
2-3 biji tomato (dibuang biji dan dipotong memanjang)
1 paket kecil su'un (direndam dan celur dengan air panas)
1/2 atau 1 mangkuk kecil cendawan kering (direndam dan direbus)
2 ulas bawang merah (hiris halus)
5-7 biji cili padi (hiris halus)
3 tangkai bunga kantan hiris halus
3 batang serai hiris halus
5 sudu besar jus limau nipis (kalau suka masam, tambah lagi)
1 sudu besar garam

Cara-cara
Gaul semua bahan hingga sebati
Rasakan supaya ada rasa masam, manis, masin dan pedas
Siap untuk dihidang!

Sabtu, 17 September 2011

Mak.......

Menatap dan mendakapmu
Bagai membuang segala dukaku
Menyejukkan hati yang gelisah
Mengajar aku erti pasrah..

Mak..
Terima kasih
Walau dakapanku tidak berbalas
Kucupanku tidak bersambut
Namun aku tahu..
Ada bahagia dihatimu...

Terima kasih mak..
Menyejukkan hatiku
Dengan kata memujuk
Anak mak memang begini
Tidak pernah kenal erti puas
Untuk menikmati kasih sayangmu..

~~Wanita tua ini~~

Wanita tua ini yang selalu mencuri rinduku,
Membuat hati gelisah bila tidak bertemu,
Membuat jiwa resah jika hatinya parah,
Menjadikan aku menangis bila hatinya terguris..

Wanita ini..
Yangku panggil mak
Sentiasa menjadi idola
Menjadi sahabat duka dan suka
kepada aku
Seorang anak...

Inilah wajah bondaku
Yang pernahku calarkan hatinya
Moga hatinya yang tercalar itu
sentiasa memaafi aku
Anak yang pernah dikandung
dirahimnya selama 9 bulan 10 hari...

~~~Permintaan air mataku~~~~

Hari ini air mataku meminta lagi
Mohon izin untuk menitis
Dengan membawa hasrat diri
Untuk mengadu kepada penciptanya..

Wahai Tuhan..
Tuanku yang bernama Siti Mardiah Bte Yusop
Bermohon kepadaMU
dengan penuh harap dan yakin
bahawa Engkau akan mengabulkan permintaannya..

Ya Robb..
tatkala tangan tuanku menadah
hati dan mulutnya menyebut:
Wahai ALLAH,
pada ujian ini..
Mohon padaMU
dekatkan aku kepadaMU..
Lekatkan pada diri ini akan rasa redha, akur dan syukur..
Tempatkan juga kemaafan kepada mereka yang menzalimiku..
Kerana sesungguhnya wahai ALLAH..
aku memberi izin untuk air mata ini mengalir
agar ia dapat membawa pergi rasa dukaku
dan menjadi benteng api neraka kelak..

Sabtu, 10 September 2011

Punya hati yang penuh cinta... keinginan yang sama seperti manusia lain.. aku ingin bahagia dengan pilihan hatiku.. hatiku hanya mahu yang terbaik.. aku sekadar mahu menjadi hamba ALLAH yang sentiasa menjalankan perintahNya dan meninggalkan laranganNYA..
aku mahu menjadi manusia yang sentiasa berada pada jalan yang lurus..
TANDA-TANDA HATI YANG SIHAT
by Mohd Soud on Sunday, September 11, 2011 at 8:45am
1. Hati yang sihat, tandanya yang pertama ialah cintakan Allah dan tanda kecintaannya kepada Allah ialah; tuannya banyak berzikir kepada Allah. Hati ibarat periuk dan lidah adalah senduknya. Senduk mengeluarkan apa yang di dalam periuk. Lidah pula mengeluarkan apa yang ada di dalam hati. Jika di dalam hati penuh dengan perasaan cintakan kepada Allah, maka akan lahirlah di lidah zikrullah. Namun jika di dalam hati penuh dengan kufur, fasiq dan maksiat, maka akan lahirlah di lidah umpatan, adu-domba, ucapan kotor dan mencarut.

2. Hati yang sihat sentiasa menyedarkan tuannya supaya kembali kepada Allah; bergantung harap pada Allah umpama seorang pencinta yang terdesak bergantung harap kepada orang yang dicintainya. Ia merasakan tidak ada kehidupan, tidak ada kejayaan, tidak ada kenikmatan dan tidak ada keseronokan kecuali dengan redha Allah dan hampirnya ia dengan Allah. Dengan Allah ia merasai tenang dan tenteram, kepada Allah ia berlindung dan bertawakkal, kepada Allah jua ia yakin dan percaya, menaruh harapan dan menyimpan rasa takut.

3. Di antara tanda hati yang sihat ialah jasad suka berbakti dan berkhidmat kepada Allah tanpa ada rasa jemu di hati. Rasulullah s.a.w. menunaikan solat hingga bengkak-bengkak kakinya. Apabila dipersoalkan kenapa beliau bersusah diri untuk beribadah hingga sedemikian rupa, beliau menjawab; “Aku ingin menjadi hamba yang bersyukur” (Riwayat Imam al-Bukhari). Yahya bin Mu’az pernah berkata; “Sesiapa merasa seronok berkhidmat kepada Allah, nescaya segala benda seronok berkhidmat kepadanya. Sesiapa yang senang matanya melihat perkara yang diredhai Allah, nescaya semua orang senang melihat kepadanya”.

4. Antara tanda hati yang sihat ialah seseorang itu amat menjaga waktu dan hartanya dari dibazirkan kepada perkara-perkara di luar dari ketataan kepada Allah. Ia menyedari bahawa waktu dan harta adalah modal yang dikurniakan Allah untuknya bagi dilaburkan untuk mendapat keuntungan di akhirat. Kerana itu, setiap saat dari waktunya dan setiap sen dari hartanya akan digunakan untuk mentaati Allah bagi mendapatkan pahala dan keredhaan dariNya.

5. Antara tanda sihat dan bersihnya hati seseorang ialah perhatiannya terhadap kesahihan dan penerimanaan Allah terhadap amalannya lebih diutamakan dari amalan itu sendiri. Yang di ambil kira bukan banyaknya amalan, tetapi keelokan amalan dan penjagaannya dari perkara-perkara yang merosakkannya. Kerana itu, orang yang bersih hatinya sentiasa menjaga keikhlasan dan ikutan kepada as-Sunnah dalam setiap amalannya kerana ia mengetahui bahawa tanpa keikhlasan dan tanpa mengikuti petunjuk Nabi s.a.w., amalan yang dilakukannya tidak akan diterima Allah.

6. Di antara tanda sihatnya hati seseorang ialah apabila ia tertinggal wiridnya atau sesuatu dari amalan taat, ia rasa kecewa dan rugi lebih dari perasaan rugi yang dirasai oleh orang yang kehilangan harta dan keluarga. Ia menyedari bahawa tertinggal wirid dan amalan ketaatan itu merupakan kerugian di akhirat. Tidak ada apa-apa pada kerugian duniawi jika dibandingkan dengan kerugiaan di akhirat. Harta benda dunia akan musnah, adapun kenikmatan di sisi Allah di akhirat tidak akan musnah selamanya.
“Apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal”. (an-Nahl: 96)

7. Seorang hamba yang hatinya sihat dan bersih, keinginannya hanya satu iaitu untuk mentaati Allah. Perasaan dalaman yang menggerakkannya ialah cintanya kepada Allah dan harapannya untuk merasai kelazatan melihat wajah Allah.
“Dan (sebaliknya) akan dijauhkan (azab neraka) itu daripada orang yang sungguh bertaqwa. Yang mendermakan hartanya dengan tujuan membersihkan dirinya dan hartabendanya, sedang ia tidak menanggung budi sesiapapun yang patut di balas, hanyalah mengharapkan keredaan Tuhannya yang maha tinggi”. (al-Lail: 17-20)

8. Seorang yang hatinya sihat dan bersih, kalam Allah adalah ucapan yang paling disukainya. Berkata Ibnu Mas’ud r.a.; “Sesiapa ingin mengetahui apakah ia kasih kepada Allah atau tidak, hadapkan dirinya kepada al-Quran. Jika ia kasih kepada al-Quran, itu maknanya ia kasih kepada Allah kerana al-Quran adalah Kalam Allah”. Diceritakan bahawa beliau (yakni Ibnu Mas’ud) mencium mushaf al-Quran dan berkata; “Kalam Tuhanku! Kalam TuhanKu”.

9. Antara tanda hati yang salim ialah mengutamakan akhirat dari dunia. Berkata Imam Ibnu al-Qayyim; “Selagi hati selamat dari penyakitnya, ia akan berjalan menuju akhirat dan menghampirinya hingga menjadilah ia ahlul-akhirah (golongan yang beramal untuk akhirat). Namun apabila hati sakit, ia akan melebihkan dunia dan menjadikan dunia watannya hingga menjadilah ia alul-dunya (golongan yang beramal semata-mata untuk kepentingan duniawi”. (Ighasah al-Lahfan, halaman 94-95)
Aku ingin menangis dan menangis dan menangis.. agar yang terbuku dihati dapat diluahkan.. dapat dialirkan mengikut aliran air mata..

Aku ingin mengadu.. tapi hanya kepadaMU wahai ALLAH..
Wahai ALLAH.. Kau pinjamkan rasa ini yang membuat aku bahagia dan bersalah..

Wahai ALLAH..
segala pinjamanMU adalah terbaik untukku.. akanku simpan kemas rasa ini di sudut hati.. takkan aku calarkan ia sehingga menjauhkan aku daripadaMU..

wahai ALLAH...
aku tak akan bertanya kenapa Engkau beri rasa ini..
aku hanya meminta Wahai ALLAH..
Jadikan aku hambaMU yang sentiasa redha atas ketentuanMU..
sentiasa syukur di atas nikmatMU
sentiasa kembali kepadaMU..
walau sebanyak mana pun calitan kotoran pada tubuhku..

Jatuhlah air mata....

Jatuhlah air mata~~

Jatuhlah dikau wahai air mata
Jatuhlah mengikut sesuka hatimu

Cuma pintaku....
bawa sekali rasa sebak dihati ini
bawalah rasa rindu dan kasih
yang ada di sini
di perkarangan hati yang telah dimiliki..

Hanya engkau yang tahu..
wahai air mata...
rindu yang bersarang ini
amat payah untukku usir
kerana kasih ini semakin menebal..

Air mata..
Jatuhlah dengan deras
agar sakit dihati ini turut deras sembuhnya
biar rasa ini segera berganti baru
dengan rindu yang baru
dengan kasih yang baru
walau kepada insan yang sama~~~

Khamis, 8 September 2011

RINDU PINJAMAN ILAHI

Rindu yang sarat...
pinjaman rasa dari ILAHI ..
inginku persembahkan kepadamu
seorang lelaki yang terpahat nama dihati..

Hanya aku yang merasa
untukmu rindu ini..

bukan untuk dikongsi
bukan untuk dibahagi2.
tapi hanya dariku untukmu..

rindu pinjaman ILAHI ini,
amat sakit untuk disimpan
amat payah untuk diluah
amat sayang untuk dipisah...

rindu pinjaman ILAHI ini,
satu rindu penuh rahsia,
tak tahu punca dan mengapa
hadir dalam hatiku..
dan..
empunya diri juga tidak mengetahui
bahawa rindu aku ada untuknya..