Selasa, 8 Januari 2013

Mendengar alunan nama-nama ALLAH ini membuat air mata turut menitis. Cukup memberi kesan andai yang memberi nasihat itu orang yang kita sayangi.  Subhanallah.. Maha suci Engkau Ya ALLAH.. mengenalinya hanya di sini, tetapi dia cukup bererti dalam hidupku...Sungguh, aku amat menyayanginya..
Aku hanya mengharapkan agar ALLAH sentiasa memelihara dia dari segala marabahaya dunia dan dari gangguan sekian makhluk yang mahu menzaliminya dan keluarganya...
Bagai terlihat-lihat dimata ini akan setiap tulisannya.  Terlebih lagi tatkala aku menjadi tetamuMu Ya ALLAH..
Cukuplah hanya aku... 

Isnin, 7 Januari 2013

Aku masih merindui dia rupanya kerana setiap kali melihat coretannya di sini, ada rasa yang sukar ditafsir.. SUBHANNALLAH... sayang yang terbit di hadapan kaabah dan di taman raudah ini membuat aku belajar untuk menjadi pasrah! Sentiasa membenarkan akan tulisan ini ~~ ku tak tahu apa yang akan berlaku pada sedetik waktu dihadapanku~~
ALHAMDULILLAH... terima kasih Ya ALLAH kerana meminjamkan rasa ini yang membuat aku menjadi hamba yang tak punya malu untuk sentiasa meminta kepadaMU.
Dan, pada saat ini, ada gurisan rasa yang amat pedih dihati ini.  Astarghfirullahal'azim.. ampuni aku Ya ALLAH..
Belajar untuk pasrah.

Pada hati yang semakin parah
aku belajar untuk pasrah
segala ini pemberian ALLAH
untuk aku semakin gagah

membawa hati yang kian parah
aku belajar untuk pasrah
agar hati tidak beralih arah
dari terus mencintai ALLAH

cintakah aku kepada ALLAH setulusnya?
atau sepenuhnya?
atau hanya pura-pura?
menepuk dada bertanya iman
aku menjadi rawan
kerana ketika aku belajar pasrah ini
hati masih bertanya lagi
cintaku ini berbalaskah?
Ya Robb??

Ahad, 6 Januari 2013

Andai rindu ini tidak bererti buatmu

Andai rindu ini tidak bererti buatmu
Usah paksa aku meleraikannya
Kerana aku juga tidak pernah berkehendakkan akan kedatangannya
Tidak pula aku meminta ia memenuhi ruang hatiku

 Rindu ini mula bertapak kukuh
 Tatkala aku sentiasa menitip doa buatmu
 kepada YA Robb
Pada saat aku berada di tanah terindah
di hadapan pintu kaabah
dan di dalam pijakan bumi raudah..

 Kadang aku gundah Pada dakapan rindu ini
 Namun aku pasrah
 kerana rindu ini juga anugerah terindah
 titipan dari ILAHI

 Walau duka menerjah
 pada saat hati berucap mengah
 rindu ini tidak bererti buatmu
 Namun aku masih setia
 untuk terus merindu
 kerana rindu ini juga buat aku semakin pasrah
 dan mengajar aku erti hidup dalam berkasih