Selasa, 30 November 2010

Dengan wajah tenang dan bersahaja dia melintas di hadapanku. Tanpa menoleh dan menyapa. Pelik dan aneh. Apakah yang terjadi? Kenapa dia berkelakuan ganjil? Aku terus mengekori pergerakannya dengan pandangan mata sehingga dia hilang di telan tembok kelas.
Seperti dia, aku terus duduk di sebelahnya tanpa bersuara. "Kenapa dengan kau hari ini Mas?" Bisik hati kecilku. Tiba-tiba dia menoleh memandang tepat kewajahku. Dia bagai mendengar bisik suara hatiku. Aku mengalah. Kuhulur senyum bagai biasa. "Kenapa Mas?". "Aku kena pergi juga Di", Katanya cukup perlahan tetapi tetap kedengaran dicuping telingaku. Mungkin kerana aku telah melihat gerak bibirnya menjadikan kata-kata itu amat jelas sekali."Kau kena pergi ke mana?".Bisu. Tiba-tiba ada debaran yang menerjah dibenak sanubariku. "Mas? Kau dengar tak aku tanya ni?". Masih juga tiada jawapan yang terlontar dari bibir yang sememangnya aku sukai akan bentuknya itu. Bibir yang begitu kecil dan cukup indah untuk dimiliki oleh seorang lelaki yang begitu tampan. Lelaki yang sentiasa menjadi intipan mata setiap dara setiap kali dia berlalu.
Dia mengeluarkan sesuatu dari poketnya dan memberikan aku sampul putih. Aku mengambil dan terus membaca. Oh! Ini rupanya yang menjadikan dia begitu walang. "Mas, pergilah. Kenapa pulak kau nak sedih?". "Aku tak mahu. Aku masih belum puas tinggal di sini. Aku masih belum puas untuk bersama kau Di". Aku terkejut dengan lontaran kata-katanya yang selamba itu. "Mas, apa maksud kau? Bukankah kau pernah kata, kau di sini hanya sementara sahaja. Apabila segala tugas ayah kau selesai kau akan kembali semula ke sana?". "Aku tahu, tapi aku pun tak tahu kenapa aku begitu keberatan untuk berpisah dengan kau". Aku ketawa sambil berkata " Mas, Mas, berpisah bukan bermakna kita putus hubungan. Kau boleh datang jenguk sitampuk manggis yang rendang ni kalau kau benar-benar rindu".
Aku memang begini. Suka membahasakan diriku 'sitampuk manggis yang rendang'! Gelaran ini pun diberi oleh dia. Sesuai dengan wajahku yang berkulit hitam manis dan tubuhku yang agak gempal pada ketinggian satu ratus lima puluh empat sentimeter. Walaupun dia lelaki yang tampan dan menawan, aku tidak kekok bersahabat dengannya kerana padaku dia seperti abangku. Lagipun dia tinggal bersebelahan dengan rumahku yang cukup kecil untuk didiami oleh tujuh orang penghuni. ( BERSAMBUNG )

Isnin, 29 November 2010

Rindu dan cinta

Rindu yang hadir dalam diri akan menjadikan kita insan yang mula sensitif pada persekitaran.. Aku mula kenal rindu dan aku juga mula mengenal erti air mata.. kerana rindu yang mendalam kepada-Mu Ya-Robb, bagai ada aliran yang mengalir di lubuk hatiku.. Tak rela berkongsi dengan sesiapapun, kecuali Engkau.. Kerap hati ini berbisik : Ya Allah, usah nyatakan kepada sesiapa pun, walau pun malaikat yang mengawal di kanan kiriku akan perasaan yang ada dihatiku...kerana di dalam firman-Mu :" hanya Engkau yang tahu akan isi hati hamba-hamba-Mu"

Selasa, 23 November 2010

SAJAK BONDA

Melihat rawan wajahmu,
Bagai ada kepiluan dihati,
Bonda…..
Usah tarikan lenggok pilu,
Jangan nyanyikan lagu syahdu
Kerana melihat wajah sendumu
Bagai menoreh aliran nadiku
Bagai membunuh jasad lemahku..
Bonda..
Apakah yang meresahkan jiwamu?
Kerana akukah anakmu yang masih memerlukanmu ini,
Atau kerana kehilangan tempat tautan kasihmu?
Andai akulah punca hatimu rawan,
Mutiara sucimu tak tersembunyi lagi,
Mohon maaf aku pinta bonda
Kerana aku lupa untuk menjaga hati lembutmu….
Andai kerna hilang tautan cintamu..
Marilah bonda,,
Kemarilah kesisi anakmu..
Akanku pujukmu
Kerana aku pun bagai dirimu
Tumpahan rajuk dan manjaku telah tiada…

* Catatan:
sajak ini adalah hasil karyaku bagi memenuhi arahan pensyarah supaya mengarang sajak bertajuk 'bonda'.. Bagaikan beliau memahami akan keadaan diriku pada saat ini memang amat merindu bondaku......Ya Allah..bagai ada aliran pedih dihati ini disaatku menyebut perkataan ini>>emak........

Rabu, 10 November 2010

Pertanyaan 1

Engkau bertanya;
antara cinta dan sayang,
mana pilihan utama?
rindu dan setia,
kejujuran dimana?
marah dan benci,
mana yang lebih jahat?
curang dan derhaka,
mana yang membuat derita?

Sebulan aku berfikir..
apa jawapan yang terbaik dan terindah,,
Bicara hati yang memberi,
cinta datang dari hasil sayang,
rindu dan setia sama kudamba
kejujuran ada dihati yang ikhlas..
marah dan benci,
semua tak kuingini,
curang dan derhaka,
andai itu telah menjelma,
aku lebih rela berdiam diri.....

Selasa, 9 November 2010

Pelabuhan rindu..

Kulabuhkan rindu ini,
kepada engkau wahai lelaki,
ku risik dikau disebalik pandangan mataku,
namun engkau dimana?

Aku terus mencari,
masih tak kutemui,
dan rindu ini semakin teguh..
Tiba2 kulihat dikau
melintas dihadapanku
tanpa tegur sapa
tanpa senyum mesra,
aku jadi malu...
Apakah erti rindu ini,
andai hanya pada bayangan,
tanpa ada titik penghujung,
tanpa ada penyusut rasa..

perlukah kutangis,
perlukah kubuang
rasa rindu ini
untuk lelaki
yang tidak menyayangiku lagi?

Aku memilih ............

Sejak aku mula kenal erti pilihan..salah satu pilihan aku adalah untuk senang dalam kehidupan.. Pernah juga berbahas dengan abangku yang memilih kaya..Katanya : kalau abang kaya, semua abang boleh buat...boleh menderma, boleh beri kesenangan kepada semua orang.....aku jawab " aku pilih senang,, kerana bila aku senang, aku tidak akan menyusahkan orang lain,, dan aku juga senang untuk terus membantu orang2 yang memerlukan mengikut kemampuanku... kesenangan yang ada membolehkan aku melakukan sesuatu dengan mudah/senang.........
Pilihan lain ialah sederhana kerana itu anjuran Islam...Tapi, kini aku mula tamak dalam sesuatu perkara : Kenapa agaknya, sejak kebelakangan ini aku mula tamak untuk merebut redha Ilahi???Hati sering berbisik: Ya Allah, letakkan aku ditempat terhampir disisiMu..Walau aku tahu, aku bagai kekasih yang tidak pernah setia, tapi aku mengharapkan yang terbaik kepada Penciptaku.. Tuhan, Engkau memberi apa yang hambaMu minta......dan, aku tahu, Engkau akan menguji pada perkara yang hambaMu minta..Sebagai hambaMu yang tidak pernah setia, aku tak pernah jemu meletakkan harapan : ampuni aku, redhai aku, angkat darjatku, murahkan rezekiku dengan rezeki yang halal lagi berkat,berikan aku hidayahMu, belas kasihani aku, sejahterakan aku dan ampuni aku..........
Ya Allah.......andai permohonan aku akan menjauhkan aku daripadaMu: aku mohon juga kepadaMu..usah kabulkan permohonan aku itu Ya Allah..kerana sesungguhnya hanya Engkau Yang Maha Tahu........

Isnin, 8 November 2010

Akukah itu..

Akukah itu?
Yang tiba-tiba menjadi perindu,
Pada sapaan lembutmu,
Di balik tirai jendela hatimu...

Akukah itu?
Yang tiba-tiba menjadi penunggu setia,
Pada lintasan bayanganmu?

Akukah itu?
Yang tiba-tiba rebah,
Pada rindu yang kau beri,
Sedang aku telah telah berjanji?

Akukah itu?
Yang begitu mudah lupa pada janji sendiri?

Ahad, 7 November 2010

Cinta dan rindu..

Manisnya cinta andai :
saling memahami,
saling mengerti,
saling memberi,
saling menerima..
Indahnya rindu andai :
sama merasa,
sama berharap,
sama menjaga,
sama membelai,
sama menguji..........
Cinta dan rindu,,
hanya perasaan..
Namun...
Andai tiada rasa cinta dan rindu,
Hidup umpama pokok yang kering lagi layu
ombak tanpa pantai,
malam tanpa siang..
Sesungguhnya aku mengharap
agar Engkau memberi rasa cinta dan rindu ini
untuk mendekatkan aku kepadaMu jua Ya Allah....

Perlukah aku??

Perlukah aku menyalahkan diri sendiri andai semua ini berlaku? Namun, aku perlu perhalusi juga akan setiap apa yang berlaku.. Dari ucapanku dan ucapan mereka..Perbuatanku dan perlakuan mereka....
Dia bertanya kepadaku dan perlukah aku menjawabnya? "Untuk itu, buatlah mengikut kemampuan...sebagai manusia, kita tak akan mampu untuk memenuhi semua kehendak orang di sekeliling kita".Mudahnya aku berbicara dan aku sebenarnya tujukan ayat ini untuk diriku sendiri.....
Biar apa pun tanggapan mereka kepada aku, aku kena percaya pada diri, kena kuatkan diri kerana hanya Allah yang mengetahui apa yang ada dihati ini..
Ya Allah..jangan hadirkan rasa benci dihatiku untuk mereka yang ada di sekelilingku dan mereka yang sentiasa dihatiku..Tumbuhkan dan mekarkanlah rasa sayang dihati ini walau kepada mereka yang membenci dan pernah membuang aku dari kehidupannya..
Aku menyayangi mereka kerana aku mula menyedari bahawa mereka juga seperti aku : HANYA SEBAGAI HAMBAMU... mengharapkan bahagia dan mengejar syurgaMu..