Selasa, 19 Februari 2013

Tak Lepas Selagi Hayat...

Tak lepas selagi hayat.  Indahnya ayat dan bahagianya insan penerima ucapan ini... Ucapan dari seorang suami untuk isteri yang sememangnya dinikahi kerana cinta pandang pertama sejak dibangku persekolahan.
Aku yang membaca ayat indah ini juga turut merasa bahagia. ALHAMDULILLAH kerana keberaniannya melahirkan isi hati..
Melahirkan tulisan ini kerana mahu menyatakan betapa setianya kepada isteri yang terlalu baik.  Memang, selayaknya dia berpasangan dengan wanita yang baik kerana dia juga lelaki yang baik.  Bahagia yang dimiliki membuat aku juga bahagia kerana aku menyayangi dia.  Sayang yang lahir dari hati.. Kerana sayang ini, aku ingin dia terus bahagia...

Selasa, 12 Februari 2013

AIR MATA SEJUTA MAKNA

Air mata sejuta makna
Pada saat sedih,
air mata mengalir perih
Pada saat duka
air mata mengalir mesra
Pada saat suka
air mata mengalir ria
Pada saat bahagia
air mata mengalir beria

Air mataku
mengalir laju
pada saat tergambar dilayar mataku
cerita tentang aku dan perlakuanku..

Pada saat hati berani berbisik
"wahai ALLAH, akulah hambaMU yang tidak pernah setia,
Namun, tidak malu meminta kepadaMU
cintai dan rahmatiku
ampuni aku walau apa bentuk dosa yang kulaku"
Tika itu......... air mataku mengalir laju dan penuh sesak didadaku..

Aku menangis...

Aku menangis kerana air mataku ingin membawa duka dihati ini keluar....  Membawa rasa duka dan pilu... Aku menangis kerana aku mahu air mata ini membawa rasa sebak yang mencengkam...
Aduhai hati, walau pedih dan pilu, aku masih tak mampu untuk bersuara lantang meluahkan apa yangku rasa..
Terlalu mahal harga sebuah penghormatan yang kuberi kepada dia..  Biar lumat hati ini dilukai, tapi aku masih mampu untuk menahan.. Puaskanlah... puaskanlah hatimu untuk melukakan hati ini kerana aku tetap punya tempat untuk mengadu dan mencurahkan rasa duka ini...
Kerana aku tahu, hidup dan matiku sentiasa ditanganNYA..  PentadbiranNYA cukup sempurna untukku..
Aku tahu, Dia memberi yang terbaik untukku... Pada saat hati ini begitu terluka, aku tidak melupakanNYA.. Bukankah ini satu nikmat yang terindah..  Pada saat hati ini menangis, pasti ada sebutan namaNYA mengiringi.. YA ALLAH........ dan air mata ini jatuh lagi, dan lagi dan lagi....
Pedih hati dan air mata yang jatuh bersama sebutan namaMU YA ALLAH......
Ya ALLAH akulah hambaMU yang mengakui akan kesalahan diri.. Meski aku tahu dunia ini hanya sementara, namun aku masih mengharap untuk menikmati keindahannya.. aku masih bernafsu untuk mencintainya.. Aku masih punya anganan yang tinggi untuk berbahagia di dalamnya..
Ya Robb, letakkan dunia ini digenggamanku agar aku tidak terlalu rakus membuang akhirat yang minta untuk diletak dihati...
Ya ALLAH...........sesungguhnya hati ini begitu ingin mencintaiMU.. begitu mahu untuk terus taat kepadaMU.. begitu rindu untuk sentiasa terus berada dalam dakapan rahmatMU..


Isnin, 11 Februari 2013

Aku dan kenangan

Apabila jejari berhenti menari, itu petanda tiada apa yang akan tercatat di sini..  Hati menjadi gundah kerana ia petanda tiada yang akan kukongsi bersama kalian..  Biar sebaris ayat, memadailah.. Kerana, ayat yang baik merupakan perkongsian ilmu...  Ilmu yang dikongsi itu juga ibadah..

Sabtu, 9 Februari 2013

Kasarnya bahasa yang digunakan untuk menyakiti aku.. "Sial"... "Bangsat"..  Punca? Hanya kerana kelewatanku...
Perlukah aku membalasnya dengan bersuara juga?  Tidak... memadailah dengan berdiam sebab dia tidak tahu mengapa aku lewat..
"Ya ALLAH jauhkan aku dari mereka dan perkara-perkara yang akan menjauhkan aku dariMU"..

Dia kata " rugilah ct ..."

Bila aku tidak punya anak, mudahnya dia mengatakan aku rugi..
Sebab apa? 
Kerana aku tak akan ditemani atau diziarahi oleh anak-anakku apabila aku terlantar sakit?
Atau aku tidak punya waris untuk mewarisi segala harta yang ALLAH pinjamkan sementara di dunia ini atas namaku?
Dan beruntunglah dia yang punya anak?
Mudahnya dia berkata tanpa berfikir akan perasaanku... atau terlalu mudah hingga dia lupa bahawa semua yang berlaku ini adalah di atas perancangan ALLAH...
Bagiku, aku tak merasa rugi hanya kerana aku tak punya anak untuk menziarahiku pada ketika aku sakit dan mewarisi akan harta yang tertulis atas namaku..  
Aku hanya merasa kekurangan ini iaitu " tiada anak soleh / solehah yang akan mendoakan aku pada ketika aku telah berhijrah ke alam barkzah kelak".. Namun, kekurangan ini adalah tanda kekayaan dan kekuasaan ALLAH.. 
Betapa ALLAH mentadbir kehidupanku ini dengan membuktikan akan kekuasaanNYA.
Dia memberi akan segala keperluanku.
Dia memberi akan keinginanku yang pelbagai.. Namun, Dia tidak memberi aku ini sahaja iaitu ANAK...
Aku tak merasa itu kekuaranganku kerana bagiku apalah gunanya aku punya anak tapi ia menjauhkan aku dari ALLAH?
Apalah gunanya aku punya anak tapi sekadar untuk membuktikan bahawa aku tidak mandul..
Apalah gunanya aku punya anak tapi sekadar untuk mewarisi harta ..
Aku cuma mahu untuk menjadi hambaNYA yang redha..
Menjadikan pandangan insan lain bahawa aku tidak sesempurna mereka atau seberuntungnya mereka kerana punya anak sebagai satu kelebihan ALLAH yang mahu ditunjukkan kepadaku.. 
Ya, aku hanya seorang hamba yang tidak punya apa sebenarnya kecuali pinjaman dari ALLAH..
Aku mahu menjadi hambaNYA yang sentiasa bersyukur dan sentiasa melafazkan ALHAMDULILLAH..
Aku mahu menjadi hambaNYA yang sentiasa akur akan pentadbiranNYA ke atas diriku..
Walau aku tak diberi peluang nikmat merasa manusia hidup dalam rahimku, namun aku diberi peluang untuk mendidik anak orang lain.  Sebagai guru, sebagai  ibu kepada anak-anak suamiku.. 
Ya, bukan mudah untuk melaksanakan tanggungjawab untuk mendidik... Maka, sebab itu, ALLAH  yang maha tahu akan kemampuanku..
Walau dosaku tidak terhapus kerana kesakitan melahirkan umat nabi Muhammad saw, namun aku yakin bahawa sifat maha pengampun ALLAH itu sentiasa ada untuk aku.. Lafaz ASTARGHFIRULLAHAL'AZIM itu juga mampu untuk melunturkan dosa2 yang membaluti tubuhku..
Hanya aku dan insan terpilih sahaja diuji dengan cara ini.. 
Aku akur Ya ALLAH.. 






Selasa, 8 Januari 2013

Mendengar alunan nama-nama ALLAH ini membuat air mata turut menitis. Cukup memberi kesan andai yang memberi nasihat itu orang yang kita sayangi.  Subhanallah.. Maha suci Engkau Ya ALLAH.. mengenalinya hanya di sini, tetapi dia cukup bererti dalam hidupku...Sungguh, aku amat menyayanginya..
Aku hanya mengharapkan agar ALLAH sentiasa memelihara dia dari segala marabahaya dunia dan dari gangguan sekian makhluk yang mahu menzaliminya dan keluarganya...
Bagai terlihat-lihat dimata ini akan setiap tulisannya.  Terlebih lagi tatkala aku menjadi tetamuMu Ya ALLAH..
Cukuplah hanya aku... 

Isnin, 7 Januari 2013

Aku masih merindui dia rupanya kerana setiap kali melihat coretannya di sini, ada rasa yang sukar ditafsir.. SUBHANNALLAH... sayang yang terbit di hadapan kaabah dan di taman raudah ini membuat aku belajar untuk menjadi pasrah! Sentiasa membenarkan akan tulisan ini ~~ ku tak tahu apa yang akan berlaku pada sedetik waktu dihadapanku~~
ALHAMDULILLAH... terima kasih Ya ALLAH kerana meminjamkan rasa ini yang membuat aku menjadi hamba yang tak punya malu untuk sentiasa meminta kepadaMU.
Dan, pada saat ini, ada gurisan rasa yang amat pedih dihati ini.  Astarghfirullahal'azim.. ampuni aku Ya ALLAH..
Belajar untuk pasrah.

Pada hati yang semakin parah
aku belajar untuk pasrah
segala ini pemberian ALLAH
untuk aku semakin gagah

membawa hati yang kian parah
aku belajar untuk pasrah
agar hati tidak beralih arah
dari terus mencintai ALLAH

cintakah aku kepada ALLAH setulusnya?
atau sepenuhnya?
atau hanya pura-pura?
menepuk dada bertanya iman
aku menjadi rawan
kerana ketika aku belajar pasrah ini
hati masih bertanya lagi
cintaku ini berbalaskah?
Ya Robb??

Ahad, 6 Januari 2013

Andai rindu ini tidak bererti buatmu

Andai rindu ini tidak bererti buatmu
Usah paksa aku meleraikannya
Kerana aku juga tidak pernah berkehendakkan akan kedatangannya
Tidak pula aku meminta ia memenuhi ruang hatiku

 Rindu ini mula bertapak kukuh
 Tatkala aku sentiasa menitip doa buatmu
 kepada YA Robb
Pada saat aku berada di tanah terindah
di hadapan pintu kaabah
dan di dalam pijakan bumi raudah..

 Kadang aku gundah Pada dakapan rindu ini
 Namun aku pasrah
 kerana rindu ini juga anugerah terindah
 titipan dari ILAHI

 Walau duka menerjah
 pada saat hati berucap mengah
 rindu ini tidak bererti buatmu
 Namun aku masih setia
 untuk terus merindu
 kerana rindu ini juga buat aku semakin pasrah
 dan mengajar aku erti hidup dalam berkasih