Selasa, 31 Mei 2011

Aku memang jahil...

Telah dua hari aku tidak dapat menulis difb. Pelik aku memikirkannya. Kenapa ya? Inilah soalan yang terlontar di dalam kotak fikiranku. Bertanya kepada seorang kawan; "mungkin akak kena blog".. Hish.. manalah aku tahu akan perkara ini. Aku tak pernah buat salah dan tak pernah menggangu orang lain. FBku hanya sekadar untuk menulis isi hati dan berkongsi ilmu. Aku rasa bagai ada kekurangan jika aku tidak menulis di situ. Nasib baiklah ada blog ini. Aku akan menulis dan mencurahkan apa sahaja di blogku..

Aku jadi cikgu main-main..

Pagi tadi, ketika tiba di kelas, rakanku memberitahuku " Siti, nanti kena jadi cikgu masa kita bentangkan RPH. Sebab malam tadi kita dah sediakan bahan sampai pukul satu". Subhanallah! Aku gelabah! Tapi, dalam hati aku mula memujuk diri. Aku kena positif dan cuba menjalankan tanggungjawab yang diberi oleh rakan kumpulanku. Walau ada rasa negatif dihati, tapi aku buangkan perasaan itu. Aku kena hargai akan susah payah usaha rakanku. Lagipun, ada beberapa idea yang telah aku sumbangkan dalam penyedaiaan RPH tersebut. Diantaranya lagu yang seringku nyanyikan ketika mengajar mata pelajaran matematik kepada anak-anak istimewaku.
Satu mulut saya,
satu hidung saya,
dua mata saya,
telinga juga dua.
Ada berapa jari tangan kita,
Marilah kita kira sama-sama
1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9,10..
Inilah seni kata lagu yang kukarang sendiri. Sambil membuat pergerakan dan terus mengajar mengikut cara aku mengajar anak-anak istimewaku. Benarlah akan bisikan hatiku, pengalaman cukup mengajar dan guru yang terbaik kepada diri kita.
Alhamdulillah, pensyarahku berkata " bagus, tahniah ".
Sesungguhnya, semakin hari aku belajar akan erti kehidupan. Prinsip yang ada: andai kita sentiasa menyenangkan orang, Insyaallah, ALLAH akan menyenangkan kita.

Ahad, 22 Mei 2011

MENANGISLAH..

Aku ingin menangis
tapi terasa malu
kerana yang inginku tangiskan
perkara kecil dimata

Aku benar2 ingin menangis
hatiku amat pedih
tapi masih juga malu
kerana minda masih bertanya
perlukah aku menangis?

Aku amat ingin menangis,
kerana air telah bersedia
untuk jatuh dari kelopak mata..

Menangislah..
andai ia meredakan pedih hatimu
kerana air mata
percuma dari wang ringgit
tapi berbayar dengan perasaan yang dirasa!