Ahad, 26 September 2010

Sampai bila?

Sampai bila..
Aku akan begini..
Terus mengikut dan menerima...
Walau segalanya diluar kemampuan dan keingananku..

Kekasih..
Aku akur dan taat,
kerana aku tahu ada rasa cinta dihati,
ada rasa hormat menebal lagi,,
rasa belas melingkari diri..

Aku bimbang kekasih,
andai tiba-tiba semuanya hilang dari diri ini,
taat jadi derhaka,
cinta jadi benci
dan maaf tiada lagi.......

Sabtu, 25 September 2010

Penghijrahan perasaanku

Tarikh : 23 September 2010
Hari : Khamis
Tempat : Kluang
Masa : Selepas balik sekolah…
Bagai biasa aktiviti bulananku.. Dapat gaji tugas utamaku selesaikan segala hutang.. Kali ini aku memilih Kluang sebagai destinasiku kerana ada agenda lain selepas itu.. Bak kata “ menyelam sambil minum air”.Sebaik sahaja sampai di Kluang, ‘pelengkapku’ menelefon memberitahu “ abang dah sampai rumah”. Alahai, agendaku kena ubah tapi janji perlu ditunai..
Selepas selesai segala urusan, aku pergi ke destinasi yang pernah membuat hatiku parah tetapi banyak perkara yang menjadikan aku lebih dewasa dan mempunyai rasa kasih sayang yang mendalam terhadap sesama insan. Selain ingin menziarahi jiran dan sahabat lama, aku sebenarnya ingin menguji hati sendiri..Adakah selama ini yang mulut dan hatiku kata adalah kata yang jujur dan benar. Alhamdulillah..Aku telah sihat sepenuhnya dan apa yang kurasa selama ini adalah kerana aku ikhlas dan redha atas segala yang Dia beri kepadaku..
Destinasi pertama, rumah jiran sebelah rumah..Macam mimpi dan syukur aku kepada Ilahi kerana diberi keizinan untuk bertemu mereka dan diberi izin untuk ‘mengintai’ syurgaku suatu masa dahulu..Yang lebih bersyukurnya aku adalah kerana tiada rasa dendam atau sakit hati tatkala kulihat istanaku dahulu..Ya Allah, benarlah kata-kataMU : “ Andai hambaKu sentiasa bersyukur , akan bertambah nikmat yangKu beri”…Terima kasih Ya Allah, kerana Kau beri apa yang aku kehendaki.. Telah kumaafkan dia dan moga dia pun memaafkan aku.. Aku akan tetap cuba kikis rasa benci kerana benci itu akan menjauhkan aku dariMu.
Kau ambil dia dari hidupku kerana dia hakMu. Kau pinjamkan dia kepadaku hanya sementara.. Dan telah Kau gantikan dengan nikmat yang lebih banyak.. Kau ambil dia satu, Kau ganti lebih dari itu.. Nikmat mana lagi yang perlu aku dustakan Ya Allah? Pasti jawapan yang mutlak : Tiada satu pun nikmatMu yang kudustakan.. Aku akur dan tunduk kepadaMu ya Allah.. Dan sehingga ke saat ini, aku sentiasa berada di bawah nikmatMu..
Bak kata jiran: jika pasangan kita telah membenci kita, semua perkara yang berkaitan dengan kita akan dibenci dan akan mencipta cerita yang membuatkan orang pun membenci tetapi bila dia suka, semua perkara yang berkaitan kita tetap dia suka dan mencipta cerita yang membuat semua orang menyukai kita..Ini adalah di antara sifat manusia…
Benarkah begitu? Perlukah aku menafikan? Tidak, kerana memang ada benarnya…
Selama hidup bersamanya aku tidak pernah meragui dan sentiasa taat.. Walau badai mendatang, aku hanya yakin bahawa kalau kita sentiasa berada di jalanNya, kita akan terus bahagia.. Tak perlu menjadi hamba yang kufur nikmat..Sehingga alasan yang diberi : aku inginkan zuriat.. aku jawab” mari ku pinangkan perempuan itu” .. Kami pergi meminang dan telah merancang masa depan bersama setelah hadir insan ketiga kelak..Namun takdir Allah, siapa yang boleh menentangnya.. Aku masih ingat kata-kata ini kepadanya: Janganlah kita menjadi insan yang kufur nikmat dan dia menjawab “ abang sanggup merangkak untuk mendapatkan apa yang abang nak”..
Memang pedih dan sedih… siapa lagi tempat mengaduku ketika itu??? Dialah Penciptaku..Doaku “ Ya Allah, panjangkanlah jodoh kami andai ia memberikan kebaikan untukku di dunia dan akhirat dan andai sebaliknya, kau pisahkan aku dengannya dalam keadaan aku rehda kepadaMu ya Allah”..
Benarlah lagi kata Allah “ Andai hambaKu dekat kepadaKu, Aku lebih dekat kepadaNya”..Selepas perpisahan??? Sedih dan pedih hati ini kuluahkan kepadaNya..Aku hambaNya dan sebagai manusia, bohong kalau aku tak sedih … Marah dan benci? Kenapa perasaan marah dan benci tiada? Yang aku tahu aku sedih dan bertanya kenapa dan kenapa dia buang aku sedang dia kata aku orang yang baik? Kataku “ kalau aku baik kenapa dia buang aku?” Mudah sungguh jawapnya “ abang lepaskan awak kerana awak baik dan moga ada lelaki yang lebih baik mengambil awak”.. Sedihkan? Padaku, jika kita baik, dia akan pegang dan lindungi kita.. Tapi inilah hakikat kehidupan, perjalanan hidup kita ada perancangnya dan pengarahnya iaitu ALLAH..
Di tinggalkan dan akhirnya dilepaskan menjadikan aku mencari jalan sendiri untuk mencari kekuatan diri.. Aku memilih Dia untuk mendengar keluhan dan kesedihan hati.. Setiap rumahNya aku kunjungi andai ada peluang… Dan, dari sehari ke sehari aku dapat jawapan kepada putusnya ikatan dan berlakunya perkara yang halal dan amat dibenciNya…Dari kebenaran yang kudapat, aku mula benci akan sifatnya.. Syukurlah Allah pisahkan aku dengannya… Ya Allah,, benar juga kata-kata ini : “ lelaki yang baik, untuk wanita yang baik”….
Kesan dari perjalanan hidup ini: aku banyak belajar dan mula melatih diri untuk tidak tamak dalam berkasih sayang sesama insan kerana mereka adalah sama seperti aku.. Hanya bezanya amalan.. Mengapa aku sibuk mengejar kasih sayang yang sementara sedang ada kasih sayang yang kekal.. Aku yakin pilihan aku sekarang: aku memilih yang kekal…..Perjalananku masih panjang dan akan terus berjalan tanpa henti..Hanya yang berbeza tempat perjalanan ku: rahim ibu>>>alam fana >>barkzah>> akhirat .
Indahnya perasaan ini: aku rasa tenang dan boleh bertemu dengannya tanpa rasa benci. Tapi, mengapa dia tidak boleh menerima salamku dengan baik?

Rabu, 22 September 2010

AKU MULA TAHU.......

Pandanglah aku .
Lihatlah aku..
Usah Engkau memaling..
Kerana aku begitu mengharap………
Cintai dan sayangilah aku
Kerana sayang dan cintaMu yang abadi..

Ya Robb…………….
Aku hidup berbekalkan segala hak milikMu,
Aku terlanjur kerana kealpaanku sendiri,
Aku lupa kerana nafsu berahi yang menguasai
Namun disaat hati ini sedar,
Hanya cintaMu yang hakiki..
Aku mula merayu dan merintih..
Ampuni aku ya Ilahi,,,
Usah diganti cinta ini dengan cinta yang sementara..
Usah hapuskan rasa getar ini tatkala memanggil namaMu..

Ya Allah………Ya Allah……….Ya Allah…….
Cintailah aku Ya Allah…
Cintailah aku Ya Robbi…
Ya Rahman Ya Rahim…….
Aku mula kenal cinta bila cinta ini Kau uji,,
Aku mula tahu apa yang kumahu,,,
Cintailah aku ya ALLAH

Selasa, 21 September 2010

Kekasih...

Menyingkap tabir mengintaimu kekasih,
Aku tak pernah jemu,
Walau ku tahu jawapnya:
Engkau tidak pernah memandang atau menyapa…


Kekasih,
Melihatmu dengan sepasang mata ini,
Bagai seluruh tubuh turut memandang,
Hati bergetar jantung berdenyut deras,
Bibir bagai mau bersuara:
“ kekasih! Pandanglah aku..pandanglah aku!”
Namun..
Engkau tetap tidak menoleh..


Menyintaimu kekasih,
Aku tidak mengharapkan apa-apa darimu,
Kerana aku tahu,
Perasaan ini adalah anugerah dari Dia yang lebih kucintai..

Kekasih..
Palingkan pandanganmu ke mana sahaja yang engkau suka,
Usah memandang andai hati telah tiada untukku,
Cinta ini tidakku harap balasnya darimu
Izin dan biarkan aku terus sendiri
Kerana;
Mengintaidan menyintaimu adalah nikmat terindah dariNya untukku..

Isnin, 20 September 2010

Air katira kesukaanku

Ais krim soda (yang tak ada gas )
susu cair
biji selasih direndam
katira direndam
kembang semangkok direndam
kurma di rendam di blender
serbuk badam
perwarna pandan
halwa kundur di potong2 halus
cincau dipotong halus
sedikit kayu manis di rebus ambil airnya
gula
secubit garam

Ahad, 19 September 2010

Resepi sup cendawan


2 dada ayam - basuh dan rebus untuk stok.
cendawan butang / shitake : separuh di potong kecil2
1 botol kecil susu segar.
1 biji bwng besar
5 ulas bang putih
1/2 buku butter
2 cwn tepung gandum
sdikit lada sulah dan garam
Langkah....
1. Panaskan butter dengan api kecil
2. Masukkan bwng putih dn bawang yg di hiris
3. Bila sudah garing, masukkan tepung dan kacau hingga kuning.
4. Masukkan stok ayam dan ayam kacau perlahan2.
5. Masukkan separuh dari cndwn butang yg tidak dipotong tadi.
6. Bila sudah panas |tak perlu mendidih}matikan api.
7. Tunggu hingga sejuk sdkt, kisar semua sup- jgn terlalu halus
8. Tuang semula sup kedalam periuk dan masak semula.
9. Masukkan garam, lada sulah dan cndwn yg telah
dipotong tadi. Masukkan susu segar. Biarkan mendidih.
10. Siap untuk dihidang dan hias dgn daun bwng
Kalau suka, boleh letak sedikit kiub ayam.
Ok selamat mencuba.......

Isnin, 13 September 2010

Perjalanan yang perlu diubah

Bismillahirrohmaanirrohim..
Akhir-akhir ini hatiku lebih banyak berkata-kata tentang perjalanan hidupku selama ini..Teringat pesan arwah bapak yang begitu rapat denganku : solat diawal waktu dan bacalah alquran sekurang-kurangnya 3 helai sehari. nescaya dalam 3 bulan akan katam.. pesan bapak memang betul; hati jadi tenang dan jatuh cinta kepada qalamullah.. Namun, bukan mudah untuk melakukannya kerana gangguan dan godaan sentiasa berada di sekeliling..Lebih-lebih lagi pada ketika ini: Perlu mencari masa dan ketika yang sesuai kerana banyak perkara yang perlu difikir..
Dulu : ketika sendiri dan tanpa tanggungjawab kepada keluarga, aku mampu melakukannya sehingga hati jadi sakit dan jiwa merintih kerinduan jika tidak melihat dan membacanya. Aku dalam alam khayalan dan keasyikan sehingga lupa pada persekitaranku!
Kini : aku rindu akan suasana itu tapi aku perlu tahu bahawa tanggungjawab mentaati dan menjalankan tanggung jawab sebagai isteri dan menjaga harta suami itu lebih utama..
Saat ini aku merasakan aku semakin parah dalam merindui suasana dulu......
Sakitkah aku ya Allah? hatiku menjawab : Ya.. aku sakit kerana aku menagih cintaMu ya Allah..
hatiku berkata: aku bukan hamba yang setia, tetapi masih mengharap disayangi dan dicintai oleh Tuannya kerana aku tahu Tuanku penuh kasih dan sayang kepada hambaNya....Macam tak adil akan bunyinya permintaanku; tapi kerana aku tahu pemilik cinta yang kuharap adalah yang Maha adil dan Maha memberi... Berilah cintaMu kepadaku dengan rasa kasih sayang Ya Allah.........
Aku tak akan jemu; menagih dan menagih dan terus menagih kepadaMu Ya Allah~~~Hanya Kau yang tahu apa kehendakku...
Ya Allah : andai masa laluku penuh dosa dan melupakanMu... ampunkan aku
andai masa laluku lebih mencintai dunia: maafilah aku...












Ahad, 12 September 2010

Kekuranganku

Hari ke tiga lebaran... aku dapat berchating dengan pensyarah yang sedang menyambung pengajiannya di US..Puan Noryani Yusof.. Orangnya lembut dan tutur katanya penuh sopan.. Membaca setiap tulisannya telah meruntun hatiku.. Kesimpulan dari tulisannya: mohon dengan Allah moga melengkapkan kekurangan diri dan jadikan kekurangan diri untuk terus memajukan diri.. Tiba-tiba dihatiku ingin berdoa : Ya Allah, lengkapkan akan segala kekuranganku..

Isnin, 6 September 2010

Resepi Ayam Golek

1 ekor ayam yang sedang ( berat dalam 1-1.5 kg )
serai
lengkuas
kunyit hidup
bawang putih
halia
gula melaka / gula pasir / madu
garam
asam
( semua dikisar halus )
tumbar
jintan
( semua digoreng sangan dan blander kering hingga halus )
Campur semua bahan dan lumur pada ayam.
Perap dan bakar kira-kira 45 minit
( ambil sedikit rempah untuk dicampur pada sos pencicah )

sos pencicah
sos cili
sos tiram
lada hitam
gula
asam
tepung jagung
sedikit rempah ayam golek

Cara :
Campur semua bahan dan campur air. panaskan hingga didih. bancuh tepung jagung dengan air dan masukkan dalam sos. agak pekat matikan api dan boleh dimakan...mesti sedap.....