Rabu, 1 Jun 2011

Mengenali erti hidup..

2 Jun 2011.. Membuka mata hari ini, mataku terus tertumpu pada jam dinding. Beradu di atas katil bersama adik bongsu dan anaknya di bilik yang selesa ini, membuatkan rasa malas untuk bangkit, walaupun jam telah menunjukkan jam 6.00 pagi. Namun, teringat akan kewajipan yang perluku lakukan, aku perlu bangkit. Bagai biasa, doaku panjatkan kepada Yang Maha Esa.. " Bismillahirrohmaanirrohim, Alhamdulilahillaziahyanaabakdaamaamatanawailaihinnursyur..Subhanallah,alhamdulillah, astarghfirllahal'azim. Ya Allah, peliaralah maruahku, tutupkan aibku dan sejahterakan kehidupanku di dunia dan akhirat. Amin'..
Empat hari di Melaka bandaraya bersejarah.. Membuat aku ingin menulis di sini akan segala rasa yang ada dihatiku. Hari ini, aku baru terfikir untuk mengukur jarak antara rumah adikku dengan maktab. Ini kerana, untuk ke maktab, ada tiga jalan yang bolehku ambil. Keputusan 1: berjarak 6km ( dari rumah adik-jalan depan jj dan maktab ). 2 jalan lagi akanku catat kemudian.
Kelainan aktiviti hari ini daripada hari-hari semalam adalah : aku keluar rumah kemudian dari tuan rumah. Aku tidak masak dan tidak membawa bekal nasi. Sebabnya? aku hendak membawa burger sahaja.
Sepanjang perjalanan... aku bawa hatiku kepadaMU YA ALLAH.. Ampuni aku kerana aku bukanlah hambaMU yang taat. Kerap aku melakukan kesalahan..
Aku belajar menyusun,
Bukan menyusun nombor,
Bukan menyusun pakaian,
Bukan menyusun pinggan mangkuk
Juga bukan peralatan solek,
tapi aku menyusun perasaan sendiri

Aku susun satu persatu
pada segala perkara yang dinamakan perasaan
Agar aku dapat layani ia
dengan adil mengikut keutamaan..

Perasaan pertama: CINTA..
Pada rasa cinta,
Paling utama kuberikan ia kepada ALLAH..
Tuhan pencipta diriku..