Khamis, 18 Ogos 2011

Wahai ALLAH pentadbir seluruh kehidupanku.. Engkau tahu resah hatiku.. Engkau juga tahu akan kehendakku walau takku luah walau hanya detikan hati.. kerana Engkau yang menciptakan itu semua..
Saat ini wahai ALLAH.. aku ingin menangis kerana aku tak mampu untuk melawan kehendak hati. aku merindui sesuatu yang tak selayaknya untukku rindui..
wahai ALLAH.. adakah ini berlaku atas doaku kepadaMU juga " mohon padaMU wahai ALLAH, jauhkan aku daripada mereka yang menjauhkan aku daripadaMU?" andai itulah kebenarannya.. aku mohon juga kepadaMU " tumbuhkan rasa redha dihatiku di atas setiap yang berlaku ini...."
wahai ALLAH........ ampunilah aku... ampunilah aku.. ampunilah aku..sesungguhnya taubatku tidak pernah cukup untuk menandingi dosa-dosa yang kuperbuat.. akulah hambaMU yang seumpama kekasih yang tidak setia.. Namun aku tidak pernah dan tidak akan kupalingkan diriku kepada yang lain kerana ENGKAU, wahai ALLAH maha sempurna..ENGKAU yang penuh cinta...Engkau yang memiliki segalanya.......
wahai ALLAH, andai air mata yang menitis ini bukan kerana kesalan dan tanda mohon ampunan dariMU maka hentikanlah ia sekarang juga.. dan andai ia sememangnya air mata ini mengalir kerana membawa resah hatiku kerana dosa-dosaku, maka jadikan ia sebagai simbahan bakaran api neraka yang menyambarku kelak.. wahai ALLAH......
wahai ALLAH......

Selasa, 16 Ogos 2011

Wahai ALLAH..


Wahai ALLAH...andai aku diuji dengan rasa cinta sesama insan, mohon padaMU..jangan biarkan cinta ini melebihi cintaku kepadaMU.. Aku mohon, biarlah cinta yang ada dihati ini adalah keranaMU juga.. aku tiada kuasa menolaknya.. Sesungguhnya, aku bahagia.. setiap detik, dia ada dihatiku.. saat aku memegang tangannya..saat aku mendakapnya.. saat aku berada dalam pelukannya..dihatiku tetap menyebut namaMU.. wahai ALLAH.. Engkau menyempurnakan keperluanku sebagai makhlukMU..terima kasih..
Sesungguhnya..aku bahagia dengan rasa ini..

Rabu, 3 Ogos 2011

Engkau anakku..
walau langkahmu pincang..
kemarilah sayang..
tetap akan kupimpinmu dengan sabar,
kerana engkau anakku
ditanganku ada kuasa sakti
untuk menjadikan engkau pandai berlari...

Engkau anakku,
walau tubuhmu beku kedingian,
kemarilah sayang,
kan kudakap erat tubuhmu
kerana dakapanku ada kuasa sakti
menjadikan panas berhati berani.

Kerana engkau anakku,
takkan ku biarkan engkau sendiri
untuk berjalan dibumi ini
kerana kunci syurga yang ada ditapak kaki ini
sentiasa terbuka luas untukku beri kepadamu..