Rabu, 3 Ogos 2011

Engkau anakku..
walau langkahmu pincang..
kemarilah sayang..
tetap akan kupimpinmu dengan sabar,
kerana engkau anakku
ditanganku ada kuasa sakti
untuk menjadikan engkau pandai berlari...

Engkau anakku,
walau tubuhmu beku kedingian,
kemarilah sayang,
kan kudakap erat tubuhmu
kerana dakapanku ada kuasa sakti
menjadikan panas berhati berani.

Kerana engkau anakku,
takkan ku biarkan engkau sendiri
untuk berjalan dibumi ini
kerana kunci syurga yang ada ditapak kaki ini
sentiasa terbuka luas untukku beri kepadamu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan