Sabtu, 9 Februari 2013

Dia kata " rugilah ct ..."

Bila aku tidak punya anak, mudahnya dia mengatakan aku rugi..
Sebab apa? 
Kerana aku tak akan ditemani atau diziarahi oleh anak-anakku apabila aku terlantar sakit?
Atau aku tidak punya waris untuk mewarisi segala harta yang ALLAH pinjamkan sementara di dunia ini atas namaku?
Dan beruntunglah dia yang punya anak?
Mudahnya dia berkata tanpa berfikir akan perasaanku... atau terlalu mudah hingga dia lupa bahawa semua yang berlaku ini adalah di atas perancangan ALLAH...
Bagiku, aku tak merasa rugi hanya kerana aku tak punya anak untuk menziarahiku pada ketika aku sakit dan mewarisi akan harta yang tertulis atas namaku..  
Aku hanya merasa kekurangan ini iaitu " tiada anak soleh / solehah yang akan mendoakan aku pada ketika aku telah berhijrah ke alam barkzah kelak".. Namun, kekurangan ini adalah tanda kekayaan dan kekuasaan ALLAH.. 
Betapa ALLAH mentadbir kehidupanku ini dengan membuktikan akan kekuasaanNYA.
Dia memberi akan segala keperluanku.
Dia memberi akan keinginanku yang pelbagai.. Namun, Dia tidak memberi aku ini sahaja iaitu ANAK...
Aku tak merasa itu kekuaranganku kerana bagiku apalah gunanya aku punya anak tapi ia menjauhkan aku dari ALLAH?
Apalah gunanya aku punya anak tapi sekadar untuk membuktikan bahawa aku tidak mandul..
Apalah gunanya aku punya anak tapi sekadar untuk mewarisi harta ..
Aku cuma mahu untuk menjadi hambaNYA yang redha..
Menjadikan pandangan insan lain bahawa aku tidak sesempurna mereka atau seberuntungnya mereka kerana punya anak sebagai satu kelebihan ALLAH yang mahu ditunjukkan kepadaku.. 
Ya, aku hanya seorang hamba yang tidak punya apa sebenarnya kecuali pinjaman dari ALLAH..
Aku mahu menjadi hambaNYA yang sentiasa bersyukur dan sentiasa melafazkan ALHAMDULILLAH..
Aku mahu menjadi hambaNYA yang sentiasa akur akan pentadbiranNYA ke atas diriku..
Walau aku tak diberi peluang nikmat merasa manusia hidup dalam rahimku, namun aku diberi peluang untuk mendidik anak orang lain.  Sebagai guru, sebagai  ibu kepada anak-anak suamiku.. 
Ya, bukan mudah untuk melaksanakan tanggungjawab untuk mendidik... Maka, sebab itu, ALLAH  yang maha tahu akan kemampuanku..
Walau dosaku tidak terhapus kerana kesakitan melahirkan umat nabi Muhammad saw, namun aku yakin bahawa sifat maha pengampun ALLAH itu sentiasa ada untuk aku.. Lafaz ASTARGHFIRULLAHAL'AZIM itu juga mampu untuk melunturkan dosa2 yang membaluti tubuhku..
Hanya aku dan insan terpilih sahaja diuji dengan cara ini.. 
Aku akur Ya ALLAH.. 






Tiada ulasan:

Catat Ulasan