Ahad, 24 Julai 2011

Menjadi ibu.

Menjadi ibu itu..
Menjaga tutur kata dan perbuatan itu amat perlu,
andai terlajak kata,
anak yang binasa..
tersilap langkah,
anak yang musnah..

Ibu yang sabar,
Anak punya dunia yang lebar,
Tidak akan jauh kesasar,
Kerana ..
pada kata-kata ibu,
ada ubat bahagia untuk anak,
pewaris hidupnya..

Ibu yang tabah,
Kasihnya sentiasa bercambah..
Saat sarat luka bertambah,
Di bawa diri kepada ALLAH..

Ibu yang pemaaf,
Membuat anak hidup berkat..
Tak pinta anak derita,
kerana itulah.....
syurga itu ditapak kaki ibu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan