Isnin, 25 Julai 2011

Aku masih di sini..
sejak tadi tanpa henti
mendengar sebutan kepada namaMU
wahai ALLAH..
air mata yang menitis
kerana hati merintih..
mohon ampuni aku..
hambaMU yang sentiasa rindu..
rindu akan keampuanan dan rahmatMU..
bukan pahala yang kupinta..
tapi rindu kepada rahmat dan redhaMU..

Wahai ALLAH..
andai selama ini pohonanku kesasar
mohon ampun wahai ALLAH..
penuhi cintaku kepadaMU
tanpa dibatasi oleh sesuatu pun..

akulah hamba milikMU..
merintih dan meminta..
ampuni aku..
ampuni aku ..
ampuni aku...
bahagiakan aku dalam dakapan cintaMU..
rahmatMU.. redhaMU..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan