Khamis, 21 Julai 2011

Cinta dihatiku..

Lamanya aku tidak menulis di sini.. Hari ini, hati begitu ditarik-tarik untuk menulis. Ingin meluahkan rasa yang ada. Ya ALLAH.... aku teruji dengan perasaanku sendiri. Entah bila dan dari mana ia bermula.. Aku mengingatinya, merinduinya,, menyayanginya.. Saat membaca tulisannya bersama teman2 lain, ada rasa lain yang menerjah dihati. Mengapa dan kenapa ya wahai Tuhanku Yang Maha Tahu.. Andai rasa ini, bakal menjauhkan aku dariMU.. tepiskan dia dari kehidupanku.. Ya ALLAH...aku bahagia dengan perjalanan hidupku yang sememangnya telah Engkau tadbir dan rancang tanpa dipinta oleh sesiapa pun.. Sesungguhnya aku sentiasa tahu dan sedar bahawa aku hakMU.. aku hanyalah seorang hamba yang Engkau ciptakan untuk memujiMU..mengagungkanMU..Rasa yang terbit dihati ini juga adalah pemberianMU..
Wahai Yang Maha Tahu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan