Sabtu, 22 Januari 2011

HARGAILAH APA YANG KITA MILIKI

Sifat semula jadi kebanyakan manusia : tidak menghargai apa yang sedang dimiliki. Saat apa yang dimiliki itu telah tiada, barulah tahu akan nilainya. Justeru itu, belajarlah menghargai apa yang Allah pinjamkan kepada kita. Caranya mudah sahaja :
1. andai ia adalah pasangan kita dan anak kita - layanlah mereka dengan sewajarnya. Berikan apa yang sepatutnya mereka layak menerimanya. Usah biarkan mereka ketandusan perhatian dan didikan kerana dibimbangi mereka akan mencari tempat yang salah untuk melepaskan perasaan.

2. andai ia adalah harta benda : pergunakan ia dengan semaksima mungkin.. Usah biarkan kita menjadi hambanya sehingga sanggup menghabiskan masa hanya untuk melayaninya....Belajar untuk merasa cukup dengan apa yang ada. Kerana, dengan cara ini, kita tidak akan terus berfikir, apa aku nak buat untuk mendapatkan harta dengan lebih banyak lagi.. Sedarkan kepada diri, harta hanya perhiasan dunia yang sementara..

Kesimpulannya, apa yang kita miliki adalah hak sementara yang akan menguji ketahanan kita andai diambil semula oleh yang berhak...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan