Ahad, 23 Januari 2011

Aku seorang penderhaka,

mengemis dan meminta,
menadah tangan dan menyembah,
mohon ampun dan maaf,
kerana
aku seorang penderhaka,
mengaku dan insaf,
salahku tak sengaja,
tak sanggup untuk ke neraka..

Aku seorang penderhaka,
mula kenal erti luka,
erti derita,
erti harapan,
kerana aku seorang penderhaka,
telah didakap rasa insaf....

Aku seorang penderhaka,
mula membina jambatan,
untuk menuju cinta yang hakiki,
berbekal yakin dan harap,
sungguh..
Engkau Maha Pemberi..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan