Rabu, 11 Januari 2012

sifat ALLAH.. ( AR RAHMAN ~~ PEMURAH )

1.
Temanku.. inilah nasihat bersumberkan dari sifat ALLAH yang maha indah iaitu ~~AR RAHMAN ( pemurah )
Temanku, bersifat pemurahlah kepada sesiapa sahaja.. Jadilah seperti matahari yang memberi sinar kepada semua di dunia ini kerana sesungguhnya engkau diciptakan oleh Yang Maha Pemurah yang sentiasa mencurahkan rahmatNya siang dan malam. Dia pemilik rahmat yang sangat sempurna, yang melimpahkan kebaikan kepada semua makhlukNya. Ketahuilah wahai teman, andai seluruh rahmat ALLAH yang ditebarkan di seluruh muka bumi dikumpulkan, ia hanya satu bahagian sahaja, sedangkan 99 bahagian lagi masih disimpan disisiNya. Begitu besar kasih ALLAH menyinar kepadaMu tanpa henti.. Maka, pancarkan sifat pemurahmu itu kepada sesamamu dengan tulus.

2.
Temanku, sayangilah kedua orang tuamu, keluargamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu dan semua sahabatmu.. Kerana sifat AR RAHIM yang ada pada dirimu tidak seluas kepunyaan AR RAHIM yang mempunyai seluruh sifat ini. Sifat penyayang dari Maha Penyayang ini menjadikan dikau sentiasa hidup dengan aman dan saling bersusah senang bersama insan kesayanganmu. Pada saat hatimu terluka, engkau sanggup memaaf dan melupakan kesakitan. Itu hanya kerana sifat penyayang yang ada pada dirimu.

Temanku, mulailah setiap perbuatan dengan menyebut nama AR RAHMAN DAN AR RAHIM ~~ yang maha pemurah dan maha penyayang agar dihatimu dipenuhi dengan rasa pemurah dan kasih sayang. Selepas itu, taburkan sikap pemurah dan rasa kasih sayang itu melalui perilakumu kepada insan-insan di sekitarmu yang sememangnya menyenangi rasa kasih sayang itu. Seperti mereka, engkau juga suka akan sikap pemurah dan penyayang itu untuk engkau nikmati. Andai engkau suka menebarkan sikap pemurah dan rasa kasih sayang sesama mereka, engkau akan menjadi raja, raja bagi dirimu sendiri….
Wahai teman, engkau menjadi raja bukan kerana kekayaanmu tetapi kerana engkau berjaya menguasai nafsumu. Hanya Dialah Al Malik ~~Pemilik Kerajaan yang menundukkan seluruh raja dimuka bumi ini. Ayuhlah kita bermohon bersama untuk dianugerahkan sifat mulia ini iaitu menundukkan nafsu yang sentiasa mengintai dan berusaha menguasai jiwa.. Jika engkau telah berjaya menguasai dirimu sendiri, maka sesungguhnya engkau telah menjadi raja yang sebenarnya iaitu raja atas jiwamu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan