Ahad, 31 Julai 2011

DARJAT DALAM SOLAT

1. Orang yang bersolat kerana itu adalah perintah Allah, maka mereka telah menjadi orang yang berilmu…

2 Orang yang bersolat kerana yakin dengan janji Allah, maka mereka telah mencapai makam Ihtisab,

3 Orang yang bersolat kerana takut azab Allah, maka mereka telah menjadi orang yang bertakwa…

4 Orang yang bersolat seolah-olah melihat Allah, maka mereka telah mencapai tahap Ehsan…

5 Orang yang bersolat kerana bersyukur dengan nikmat Allah, maka mereka telah mencapai tahap yang tertinggi iaitu ikhlas…

Kenapa kita kata orang yang bersolat kerana bersyukur dengan nikmat Allah, maka mereka telah mencapai tahap yang tertinggi?

Dalilnya adalah, apabila Aisyah r.aha menangis melihat kaki Nabi s.a.w bengkak-bengkak kerana lamanya solat, lantas beliau bertanya :“kenapa tuan solat sampai bengkak kaki, bukankah tuan takde dosa?, Maka Nabi menjawab lebih kurang maksud:
" AKU INGIN MENJADI HAMBA YANG BERSYUKUR "

Tiada ulasan:

Catat Ulasan