Rabu, 28 Disember 2011

Indahnya perasaan..

"Jagalah hubungan dengan ALLAH, pasti ALLAH akan menjaga hubunganMu denganNya".. ayat penyejuk hatiku yang sememangnya mengharapkan perhubungan yang baik denganNya.. Setiap detik, tatkala mengingatiNya.. hati berbisik : wahai ALLAH, Ampuni aku.. wahai ALLAH, ampuni aku.. wahai ALLAH ampuni aku.. akulah hambaMu yang tamak .. juga yang tidak tahu malu untuk terus meminta... aku tamak utk mendapatkan kasih sayangMu.. tidak tahu malu untuk meminta utk terus berada di tempat yang paling mulia di sisiMu sedang aku terlalu hina dan tidak melakukan semua perkara yang Engkau tuntut.. menulis ayat2 ini juga telah buat hatiku luluh wahai ALLAH.. Aku sedar, aku tidak mampu untuk melakukan itu semua kecuali izinMu juga..
Janji pun bukan janji palsu.. sentiasa benar.. kerana menyakini itu, aku tidak pernah merasa malu untuk meminta kerana itulah tugas aku sebagai hamba~~meminta belas simpati kepada tuannya untuk seluruh kehidupannya.. Engkaulah tuan yang teragung dan akulah hambaMu yang terhina..Kerana menyedari akan kehinaaku ini, mohon padaMu wahai ALLAH tuanku yang maha mulia, pandanglah aku dengan belasMu, sayangilah aku dengan kasih sayangMu yang amat sempurna itu..Jangan biarkan aku sendirian sebagai pengemis ini wahai ALLAH..
Izinkan juga wahai ALLAH.. setelah Engkau berikan rasa kasih sayang di dalam hatiku, aku ingin kongsikan dengan setiap insan kesayanganku.. Bukankah, Engkau juga meminta aku berbuat baik sesama insan?... wahai ALLAH...

Selasa, 27 Disember 2011

Menikmati hidup sebagai tetamuMU wahai pentadbir seluruh kehidupanku

Mahalnya pengalaman ini.. Menjadi tetamuMu wahai ALLAH pentadbir seluruh kehidupanku..
Tatkala menerima surat balasan dariMu pada 4/10/2011 iaitu pada hari Selasa dan ketika itu aku baru sahaja duduk dikerusi di dalam dewan Tun Fatimah IPGK Perempuan Melayu Melaka untuk mendengar taklimat BIG fasa ke 2. Sungguh aku terharu kerana Engkau menerima rayuanku untuk menjadi tetamu agungMu pada tahun ini.. Hanya yang termampu kuucapkan ketika itu " Ya ALLAH kuserahkan seluruh kehidupanku kepadaMu.."
Sesungguhnya air mataku menjadi saksi kepada lafazku ini wahai ALLAH..
Maka, dari detik itu aku memulakan persiapan untuk menuju ke rumah ALLAH. Menelefon suami dan meminta izin pensyarah untuk membuat persiapan.

Selasa, 20 Disember 2011

pada wajah sendiri

Melihat pada wajah sendiri
ada rasa malu
kerana pada bibir yg penuh ghairah
mudah menyatakan rindu

mengintai pada wajah sendiri
ada rasa kesal
kerana pada mata yang melirik
hati menyatakan kasih

mengintai pada wajah sendiri
ada rasa hampa
kerana pada hidung yang menghidu
tiada lagi haruman sayangmu

mengintai pada wajah sendiri
ada rasa rela
kerana pada setiap pancaindera
hanya tertumpu kepadamu..

Isnin, 19 Disember 2011

SETITIS RINDU..

Hanya setitis sahaja rindu ini
pemberian dari pencipta hakiki
terlalu istimewa dan dan penuh rahsia..

Rindu yang setitis ini
tidak aku jatuhkan
kalau tidak kerana sayang..
Pelik bagiku tapi tidak kepadaMU wahai pentadbir seluruh kehidupanku~~Masih menanti apakah rahsia rasa ini dalam perjalanan hidupku yang sentiasa berada di dalam genggamanMu..
Sungguh wahai pentadbir keseluruhan hidupku.. aku akur sepenuhnya..
Saat ini wahai pentadbir seluruh kehidupanku.. teramat tinggi rasanya rindu ini kepada dia.. Engkau memberi rasa ini dan aku menikmatinya.. Namun, aku mohon padaMu.. jangan kerana rasa ini akan menjauhkan aku daripadaMU...
Jadikan rindu ini salah satu jalan untukku sentiasa menyebut namaMu Ya ALLAH pentadbir seluruh kehidupanku.. Jalan tempatku merintih dan meminta kepadaMu wahai ALLAH..

Wahai ALLAH pentadbir seluruh jiwa rasa hatiku.. rindu yang hadir ini membuat aku sentiasa memohon kepadaMU~ selamatkan dia dari segala bala bencana.. ampuni dosaku dan dia...Ya ALLAH.. titisan air mata ini mohon diampunkan andai ia tertitis kerana dia..sesungguhnya air mata pemberian ini terlalu berharga wahai ALLAH pentadbir kehidupanku..

Wahai ALLAH pentadbir seluruh kehidupanku... aku memang hambaMu yang jahil dalam segala hal perasaan ini kecuali Engkau beri ilmu itu.. Mohon kiranya Engkau izinkan dia juga merasa akan rasa ini agar aku tidak malu kepadanya wahai ALLAH..

Wahai ALLAH pentadbir rasa ini... apakah rahsia ini?? mohon padaMU.. jadikan rasa ini sebagai jalan utkku semakin hampir kepadaMU.. andai sebaliknya, mohon singkirkan ia dari kehidupanku.. sesungguhnya aku memohon wahai ALLAH...